EXCLUSIVE FOR STUDENTS!! Log in to our website and use the promo code : STUDENT10 to instantly enjoy RM 10 rebate
About Us

        Butik Aisy Asyraf merupakan sebuah Butik Jubah Lelaki kontemporari dengan rekaan moden & terkini mengikut peredaran masa. Mula beroperasi pada 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 Hijrah. Butik Jubah ini berasaskan perusahaan / perkhidmatan / pembekalan jubah yang memberikan peluang kepada pemakai jubah lelaki di Malaysia untuk mengamalkan pakaian Sunnah Nabi SAW.

        Jenama Aisy Asyraf adalah diilhamkan bersempena nama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) yang digabungkan dengan nama anak beliau iaitu Aisy Raihan. Jubah dari Butik Aisy Asyraf direka khas secara eksklusif dengan rekabentuk yang diilhamkan mengikut cita rasa masa kini. Jubah di Butik Aisy Asyraf juga direka bukan sahaja untuk kaum muda bahkan ianya turut sesuai dipakai oleh kaum tua. Ianya juga berlainan dengan jubah-jubah yang lain, yang mana Jubah Aisy Asyraf mempunyai keistimewaan dari segi potongannya yang pasti membuatkan pemakai lebih tampan dan bergaya.

        Selain itu, Jubah Aisy Asyraf juga mempunyai material yang selesa, tidak panas dan senang dijaga. Fesyen Jubah Aisy Asyraf juga boleh dipakai tidak kira tempat atau masa iaitu ia boleh dipakai ke masjid dan ianya juga sesuai dijadikan pakaian Hari Raya dan ke majlis-majlis keraian. Harga Jubah di Butik Aisy Asyraf adalah berpatutan bersesuaian dengan materialnya dan potongannya yang menarik. Selain daripada jubah, Butik Aisy Asyraf juga menyediakan pelbagai jenis pakaian dan aksesori lelaki yang lain. Antaranya Baju Raihan Eksklusif, Kurta Lelaki, Jubah Wanita dan lain-lain.

 

SSM Registration number : 1218851-D